Want your
own Fotopage?






 
Premium N Gifts
printing,corporate gift,bag,pen
By: NBTE PREMIUM n GIFTS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 18-Jan-2010 15:55 Email | Share | Bookmark
Kursus Induksi PP-PPD, PP-PPT,PPL

 
 
Kursus Induksi adalah merupakan kursus pengenalan kepada personel yang terlibat secara langsung didalam bidang latihan yang dikendalikan oleh Pusat-Pusat Bertauliah (PB) yang ditauliahkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menjalankan bidang latihan kemahiran kepada :

o Belia-belia lepasan sekolah.
o Graduan-graduan menganggur.
o Pekerja-pekerja yang ingin meningkatkan kemahiran.


Terdapat beberapa jenis Kursus Induksi yang disediakan kepada anda :
• Kursus Induksi Pentauliahan (KIP)
• Kursus Induksi PPL (KIPPL)
• Kursus Induksi PP-PPT (KIPP-PPT)
• Kursus Induksi PPL-PPT (KIPPL-PPT)
• Kursus Induksi DSE (KIP-DSE)

Kursus Induksi Pentauliahan.
-Kursus pengenalan kepada Pelaksanaan Sistem Pentauliahan yang dijalankan di Pusat-Pusat Bertauliah yang menjalankan Program Latihan Kemahiran dibawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

-Kursus Induksi Pentauliahan adalah merupakan syarat yang ditetapkan oleh pihak JPK bagi personel yang terlibat secara langsung didalam perlaksanaan program latihan kemahiran yang dikawal selia oleh JPK.

Personel yang terlibat adalah :

o Pengurus Pusat Berlauliah.
o Pegawai Pengesah Dalaman
o Pegawai Penilai.

Siapa patut hadiri Kursus Induksi Pegawai Pengesah Luaran (PPL)?

• Jika anda nak jadi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) bagi sistem Pentauliahan jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) - kerajaan akan bayar elaun bagi setiap lawatan ke Pusat Bertauliah (PB).

• Jika anda nak tahu hak dan bidang kuasa PPL supaya tidak ditindas oleh PPL yang tidak bertanggungjawab dan salah guna kuasa.

• Jika anda nak meningkatkan status anda - sijil akan diberi walaupun tidak bercadang nak jadi PPL.


KURSUS VTO & PENYELIAAN


KURSUS PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (VTO) TAHAP 3
o Kursus VTO merupakan kursus bagi personel yang berminat menjadi tenaga pengajar di Pusat-Pusat Bertauliah yang menjalankan program latihan kemahiran dibawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Kursus VTO terbahgi kepada 2 sessi dimana :

1)Sessi pembelajaran teori terdapat 11 modul akan diajar yang mana para peserta akan diberi tunjukajar sebagai persediaan untuk menjadi tenaga pengajar yang berketerampilan dan berkeyakinan.

2)Sessi latihan Internship atau Latihan Teknik Mengajar, dimana para peserta dikehendaki menjalani latihan teknik mengajar di Pusat-Pusat Bertauliah selama 6 bulan.

Tempoh masa kursus VTO ini adalah :

o Pembelajaran Teori – 360 jam
o Latihan Internship - 720 jam

Kursus ini boleh dilaksanakan secara :
o Sepenuh Masa ( Full-Time )
o Separuh Masa ( Part-Time )

Sijil Pentauliahan Tahap 3 akan dikeluarkan oleh pihak JPK .


KURSUS PENYELIAAN TAHAP 3


Objektif
Selepas menghadiri program latihan ini, para peserta akan dapat:
o Mengenali pelbagai peranan dan tanggungjawab seorang penyelia;
o Memahami kepentingan aspek kepimpinan dan penyeliaan kakitangan yang dapat diamalkan dalam melaksanakan tugas penyeliaan;
o Dan kemahiran asas dalam teknik penyeliaan.

Metodologi
o Syarahan
o Perbincangan
o Kerja Kumpulan / Persembahan
Tempoh
o Sepenuh masa ( 5 Hari )
o Separuh Masa ( 6 hari )


-Yuran bagi setiap Kursus Induksi adalah RM 350.00 seorang ( hanya untuk Kursus sahaja ) sekiranya peserta inginkan bantuan untuk mendapatkan tempat penginapan sepanjang tempoh kursus tersebut, pihak kami boleh mambantu untuk menguruskannya.

-Tarikh & Tempat bagi kursus VTO & Penyeliaan boleh dirunding mengikut keperluan peserta.

Sekiranya syarikat anda mempunyai ramai peserta (>15) dan ingin kami menganjurkan di tempat anda, terutamanya luar KL (in-house), sila emel kami di izwanbns@yahoo.com ataupun hubungi Azie 012-3575477.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pegawai yg bertugas:
Azie - 012-3575477




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net